" F l o w e r "

flaw

Hai Welcome Here

<

" Izzaty sulaiman.150995.Engineering student.Adore with flower crown.I would rather wear flowers in my head.Try a good muslimah insyaAllah"

We can chatting here.

Shoutbox





Si dia yang bertudung labuh}
Wednesday 25 December 2013 | 05:37 | 0Comment


Perkongsian dari sahabat menjawab soalan-soalan biasa yang dihadapi
oleh si pemakai tudung labuh :’)
***
1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.
2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat
orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia
menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih
baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ”
pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”
3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru
masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah
itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri
tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.
4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang
tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu
menutup aurat?
5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati
suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu
yang membuak-buak?
6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu
yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai
rambut kau.
7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah
cukup untuk menjamin kau masuk syurga?
8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang
lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain
dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka
tidak menegur dan gagal mendidik kau.
9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah
nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.
10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/
pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?
11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak
sempat nak bertaubat nanti.
12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu.
Jangan ambil lagi nyawa aku.
13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak
ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas
beragama Islam.
Semoga bermanfaat ~ ^_^